Bahasa:   Tulisan:  
A-
A
A+
B
R
G
B

Bina sekolah 10 tingkat

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membina bangunan sekolah melebihi 10 tingkat di kawasan bandar yang mempunyai tanah terhad dan ramai penduduk terutamanya di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur 17 Mac 2018 – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (gambar kecil) berkata, menerusi pembinaan sekolah berkenaan semua kemudahan seperti bilik darjah, kantin, makmal dan dewan akan berada di dalam satu ba­ngunan berbanding ketika ini berlainan blok.

“Di bandar ini (Kuala Lumpur) terdapat kawasan yang mempunyai tanah terhad, maka saya telah buat keputusan untuk membenarkan pembinaan compact school atau bangunan bertingkat untuk tujuan kemudahan penduduk sekitar.

“Maknanya sekolah tersebut boleh dibina sehingga 10 atau 12 tingkat dan ia memerlukan lif,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perak di Bandar Baru Sentul di sini semalam.