Change Font Size

Change Screens

Change Layouts

Change Direction

Change Menu Styles

Cpanel

PERUTUSAN PENGARAH

E-mail Cetak PDF

Assalamualaikum wbt, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 ICU,


Selamat datang ke Laman Web Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Wilayah Persekutuan (PPPNWP). Kedatangan 2014 disambut dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi oleh seluruh warga PPPNWP dalam meneruskan perancangan yang direncanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Tahun 2014 dijangka menjanjikan perjalanan yang lebih kompetitif dan mencabar yang harus dihadapi oleh semua penjawat awam. Warga PPPNWP perlu bergerak lebih proakatif selaras dengan Moto ICU yang menekankan konsep VAS iaitu Volume, Accuracy dan Speed.

Pemantauan & Penilaian Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun

Perjalanan aktiviti Pemantauan dan Penilaian bagi projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian, Jabatan dan agensi-agensi Kerajaan serta pihak swasta akan sentiasa menjadi fokus utama PPPNWP yang semestinya menjanjikan pencapaian yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Kesejahteraan Rakyat- ‘Kemiskinan Bukan Untuk Diwarisi’

Begitu juga dengan aktiviti membasmi kemiskinan Bandar yang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kesejahteraan Rakyat menjadi agenda utama dalam memastikan nasib mereka yang memerlukan terbela melalui sistem e-Kasih yang menjadi tunjang utama dalam membasmi kemiskinan. Di Wilayah Persekutuan, fokus utama adalah memastikan setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan e-Kasih mendapat sekurang-kurangnya satu bantuan.

Khas Untuk Rakyat

Projek Infrastruktur Awam dan Asas (PIA/PIAS) yang membabitkan aktiviti penyelenggaraan dan menaikataraf kemudahan asas dan awam akan terus dilaksanakan pada tahun 2014. Projek yang biasanya membabitkan keperluan penduduk akan menjadi sebahagian dari aktiviti yang bakal giat dijalankan mengikut keutamaan di kesemua 13 Parlimen Wilayah Persekutuan.

Laman Sesawang Sebagai Jaringan Perhubungan Rakyat-Kerajaan

Selaras dengan perkembangan teknologi, komunikasi menjadi semakin mudah tanpa mengira jarak dan lokasi. Rakyat dan Kerajaan dapat dihubungkan dengan cepat, pantas dan mudah melalui penggunaan teknologi sebagai contohnya penggunaan laman sesawang. Adalah menjadi harapan pihak pentadbiran agar laman sesawang ini mampu dijadikan sebagai salah satu cara yang mampu menghubungkan rakyat dan Kerajaan. Melaluinya, rakyat dapat mengetahui dengan cepat aktiviti yang dijalankan oleh PPPNWP dan maklumat dapat disampaikan dengan pantas dan berkesan selaras dengan harapan dan dasar Kerajaan untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan perkhidmatan dalam talian secara lebih berkesan. Laman sesawang ini juga turut menyediakan pelbagai maklumat berkaitan organisasi dan pegawai yang boleh dihubungi bagi memudahkan interaksi dan komunikasi dua hala di antara pegawai Kerajaan dan rakyat.

1 ICU, 1 Hati, 1 Tindakan


Justeru, marilah kita sama-sama memulakan langkah di awal tahun baru 2014 ini dengan memanjatkan kesyukuran ke hadratNya dan semoga kita akan terus mengorak langkah dan melakar kejayaan yang lebih baik dari tahun sebelumnya, insyaAllah. Warga PPPNWP harus berlari pantas dari sebelumnya dalam menjadikan ICU JPM sebagai sebuah agensi pusat yang unggul dan berwibawa tanpa mengenepikan konsep 1 ICU, 1 Hati, 1 Tindakan. Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi PPPNWP dan semoga kita beroleh manfaat darinya.

Salam Tahun Baru 2014,

Ariffin Imat

Pegawai Kemajuan Negeri

PPPNWP

 

 

 

You are here