Change Font Size

Change Screens

Change Layouts

Change Direction

Change Menu Styles

Cpanel

Pengenalan

E-mail Cetak PDF

Latar Belakang Pejabat

Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan diwujudkan pada 27 Julai 1999 melalui Waran Perjawatan Bil. A14 Tahun 1999. Sebelum pejabat ini beroperasi sebagai Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (PPNWP), ia dikenali sebagai Seksyen Wilayah Persekutuan yang diwujudkan pada 18 Januari 1997.

Seksyen ini merupakan salah satu seksyen di bawah Bahagian Pengurusan Organisasi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan pada 16 Julai 1998, seksyen ini diletakkan di bawah Bahagian Khas, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum pejabat ini beroperasi sebagai Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (PPNWP), ia dikenali sebagai Seksyen Wilayah Persekutuan yang diwujudkan pada 18 Januari 1997. Seksyen ini merupakan salah satu seksyen di bawah Bahagian Pengurusan Organisasi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan. Seksyen ini bertanggungjawab menguruskan pelaksanaan projek-projek khas YAB Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri / Ahli Parlimen dan Senator. Pada 16 Julai 1998, seksyen ini diletakkan di bawah Bahagian Khas, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum 18 Januari 1997, tugas yang dilaksanakan oleh Seksyen Wilayah Persekutuan ini dilaksanakan oleh Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan iaitu salah satu bahagian di Jabatan Perdana Menteri. Bahagian ini dipertanggungjawabkan dalam mengesan dan menilai pelaksanaan projek-projek pembangunan lain (projek penyelenggaraan) termasuk projek Rancangan Lima Tahun.

Fungsi Pejabat

Mengurus pelaksanaan projek-projek khas di bawah peruntukan YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Persekutuan, YB Ahli Parlimen, YB Senator, Projek Penyelenggaraan Surau / Masjid, Projek Kecil Persekutuan dan Projek Kecemasan :-
Melaksanakan projek-projek khas yang diarahkan oleh Ibu Pejabat melalui surat kuasa mengikut peraturan yang ditetapkan.
Mengesan dan menilai pelaksanaan projek-projek berkenaan bagi memastikan ianya memenuhi kehendak pelanggan.
2.
Mengurus pelaksanaan Projek-projek Kecil di bawah peruntukan YB Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur :-
Melaksanakan semua projek-projek YB Ahli Parlimen yang telah diluluskan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Memantau dan menilai pelaksanaan projek-projek YB Ahli Parlimen bagi memastikan ianya memenuhi keperluan pelanggan.
Memantau Menyediakan laporan prestasi kewangan dan fizikal projek YB Ahli Parlimen untuk dikemukakan kepada YB Ahli Parlimen berkenaan.
3.
Bertanggungjawab menyediakan maklumbalas secara berkala mengenai prestasi kewangan dan fizikal projek-projek khas yang diminta oleh Ibu Pejabat dari masa ke semasa.
4.
Memberi ulasan ke atas permohonan projek-projek khas yang diminta oleh Ibu Pejabat dari masa ke semasa.
5.
Mengemaskini rekod prestasi dan kewangan semua projek yang dikendalikan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan untuk tujuan pemantauan dan pelaporan.
6.
Campurtangan dalam menyelesaikan projek-projek yang bermasalah di peringkat Wilayah Persekutuan.
7.
Memantau pelaksanaan program/projek pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan di bawah Rancangan Pembangunan Negara di peringkat Wilayah Persekutuan.
8.
Mengurus organisasi (Kewangan, Sumber Manusia, Pentadbiran, Perhubungan Awam dan Keperluan IT)
You are here