Change Font Size

Change Screens

Change Layouts

Change Direction

Change Menu Styles

Cpanel

Soalan Lazim

E-mail Cetak PDF

SOALAN LAZIM

Hear this article

SPP II

1) Bagaimana cara untuk memohon ID pengguna bagi SPP II Web.
Pengguna perlu mengisi borang pendaftaran ID yang boleh didapati daripada penyelaras kementerian atau muat turun borang pendaftran ID di dalam sistem SPP II pada menu e-perpustakaan >> panduan ringkas.

2) Apa yang perlu dilakukan sekiranya ID pengguna di tahan.
Pengguna perlu membuat log masalah tersebut ke dalam sistem Call Centre untuk tindakan selanjutnya oleh Pentadbir SPP II.

3) Bagaimana cara untuk membatalkan ID pengguna SPP II.
Pengguna perlu menghantar nama dan No IC kepada penyelaras kementerian untuk pembatalan dan seterusnya penyelaras akan menghantar permohonan kepada Pentadbir SPP II.

E-KASIH

1) Apakah eKasih ?
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

2) Sejak bila eKasih diwujudkan ?
eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan mesyuarat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.

3) Apakah sumber data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih ?
Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM adalah program banci dengan pendekatan isi rumah dan bukan individu. Ia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dengan hasil banci diserahkan kepada ICU JPM sebagai input utama kepada eKasih. BIRM terdiri daripada dua fasa. 

BIRM Fasa I dijalankan secara menyeluruh merangkumi kawasan bandar dan luar bandar bermula Disember 2007 sehingga Jun 2008 dengan rangka (frame) secara khusus diperolehi berdasarkan kepada senarai UPIS (KPKT) dan SPKR (KKLW) yang terkini pada masa itu. BIRM Fasa I juga dijalankan dengan merangkumi kawasan ‘pocket of poverty’ (kawasan berpendapatan rendah dan kawasan sekitarnya berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isirumah (HIS) yang dijalankan oleh DOS) bagi memantapkan frame. Walaubagaimanapun, terdapat kawasan yang tidak diliputi, iaitu kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri. Bagi memantapkan senarai di dalam eKasih, BIRM Fasa II telah dijalankan bermula Januari 2008 sehingga Julai 2009 dengan verifikasi dilakukan terhadap senarai (yang dianggap miskin) yang diterima daripada Ahli Parlimen/ADUN dan agensi- agensi diperingkat negeri. 

Selain daripada itu, mekanisma pendaftaran terbuka di dalam eKasih juga merupakan sumber data dan maklumat yang terkandung di dalam eKasih. Isirumah yang telah dilakukan verfikasi di lapangan dan menepati kriteria-kriteria eKasih, layak dimasukkan ke dalam eKasih.

4) Adakah terdapat nama mereka yang miskin tetapi tidak didaftarkan ?Apakah langkah untuk mengatasi perkara ini ?
Di dalam sebarang program banci, kes ‘keciciran’ pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan. Hasil bancian tidak wajar dianggap 100% sempurna. Faktor seperti keciciran liputan, rangka (frame) yang tidak menyeluruh dan faktor-faktor lain menjadi penyumbang kepada perkara ini. Antara lain, terdapat juga beberapa faktor seperti tiada sesiapa di rumah selepas 3 kali lawatan dalam masa yang berlainan oleh pembanci, alamat yang diperolehi tidak lengkap/ tidak tepat/tidak diketahui/tidak dikenali, telah berpindah dan juga enggan memberi kerjasama kepada pembanci. 

Pelbagai langkah dan inisiatif dilakukan dalam mengatasi perkara ini. Antaranya, BIRM Fasa II yang dilakukan khusus bagi memantapkan senarai eKasih yang dianggap keciciran dan kerjasama dengan pihak NGO/Agensi berkaitan dengan program kebajikan dan pembasmian kemiskinan bagi mendaftarkan mereka yang layak. Selain itu, sistem eKasih sendiri yang mempunyai mekanisma Pendaftaran Terbuka di mana ia membolehkan orang awam melapor dan mendaftarkan ketua/ahli/keluarga/isirumah (yang mereka kenali) yang dirasakan miskin untuk tindakan selanjutnya oleh ICU JPM/PPN. Sekiranya layak dan menepati kriteria, isirumah tersebut akan dimasukkan ke dalam eKasih.

5) Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih ?
Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan bedasarkan pendapatan per kapita isirumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isirumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan Bandar.

6) Bagaimana untuk mendaftar ?
Individu yang ingin mendaftar ke dalam eKasih perlu pergi ke Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah dan mengisi borang pendaftaran eKasih. Bancian akan dibuat untuk individu yang layak.

7 Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR) ?
Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberitanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah dimana dia tinggal. 

8) Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR) ?
Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih.

9) Siapakah yang dimaksudkan sebagai miskin dan miskin tegar ?
Berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) melalui Laporan Penyiasatan Isirumah (HIS) yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2007, miskin tegar ialah golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM430.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM540.00 bagi Sabah dan RM520.00 bagi Sarawak. Manakala pendapatan perkapita isirumah tersebut adalah RM100.00 bagi Semenanjung, RM110.00 bagi Sabah dan RM115.00 bagi Sarawak dengan bilangan isirumah 4.4 Semenanjung, 5.2 bagi Sabah dan 4.6 bagi Sarawak. 

10) Miskin tegar
Adalah di kalangan isirumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari PGK makanan. PGK makanan adalah berdasarkan keperluan harian kilokalori setiap individu berdasarkan metodologi PGK makanan 2005 bagi Malaysia ialah RM415.00. 

11) Miskin
Berdasarkan PGK 2007, golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM720.00 bagi Semenanjung, RM960.00 bagi Sabah dan RM830.00 bagi Sarawak. 

12) Mudah Miskin
Golongan yang mempunyai pendapatan melebihi PGK bermaksud treshold di bawah RM1500.00 bagi bandar dan RM1,000.00 bagi luar bandar. 

13) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan perkapita sesebuah keluarga ?
Pendapatan perkapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut. 

14) Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih ?
Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM), Pejabat Pembangunan Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP –Bahagian/Unit Pembasmian Kemiskinan) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi. 

15) Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan ?
Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih tidak memberi bantuan. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan. Kepada KIR yang ingin memohon bantuan perlu memohon sendiri kepada agensi-agensi berkaitan yang memberi bantuan. 

16) Siapakah yang perlu mengemaskini bantuan yang telah diberi kepada KIR/AIR ?
Agensi pemberi bantuan/pelaksana yang terlibat dengan program berkaitan perlu mengemaskini maklumat program/bantuan yang telah diberikan. 

17) Adakah nilai buku teks sekolah boleh diambil kira sebagai pendapatan ?
Nilai buku teks sekolah tidak diambil kira sebagai pendapatan kerana semua buku teks diberi percuma kepada semua murid sekolah tanpa pengecualian. 

18) Siapa dan agensi mana yang boleh memiliki capaian (access) eKasih ?
Jenis capaian (access) ekasih dikategorikan kepada dua. Pertama, capaian orang awam (public) dan kedua, capaian pengguna berdaftar (registered user). Capaian untuk pengguna berdaftar diwajibkan mempunyai ID, manakala capaian oleh orang awam tidak memerlukan ID. Peruntukan ID untuk pengguna berdaftar adalah terhad kepada pegawai/kakitangan kementerian/agensi Kerajaan yang terlibat dengan program pembasmian kemiskinan dan ahli Mesyuarat Focus Group sahaja. Orang awam tidak diperuntukkan ID ini. Walau bagaimanapun, orang awam boleh membuat capaian untuk mendaftarkan pendaftaran terbuka (ringkas).

19) Kepada siapakah ID eKasih perlu dipohon ?
Bagi agensi di peringkat negeri, ID eKasih boleh dipohon melalui PPN, manakala agensi diperingkat persekutuan, boleh memohon dengan ICU JPM. 

20) Bagi pendaftaran terbuka (baru) yang telah diverifikasi bagaimanakah untuk kemasukan data ?
Buat masa ini, terdapat dua jenis pemprosesan kemasukan data, iaitu melalui sistem kemiskinan yang ada di pejabat-pejabat negeri, dan kedua, kemasukan data secara on line ke dalam eKasih. 

21) Bagi penerima bantuan daripada agensi tetapi KIR/AIR tidak berdaftar dalam eKasih perlukah mereka didaftarkan ?
Penerima bantuan tersebut tidak perlu didaftarkan, pihak agensi pemberi bantuan/program tersebut boleh menghantar senarai penerima bantuan kepada ICU JPM (pentadbir sistem) untuk dimasukkan kedalam system eKasih dibawah ketegori penerima bantuan. Senarai Penerima Bantuan ini pula akan diverifikasi dari masa ke semasa.

 

PENILAIAN OUTCOME

1. Apakah Penilaian Outcome

Penilaian Outcome adalah proses pengumpulan data secara terperinci, lengkap dan bebas bagi memaklumkan kepada stakeholders mengenai kesan yang berlaku selepas sesuatu program/projek pembangunan dilaksanakan. Ia akan menilai sejauhmana objektif dan sasaran outcome yang digariskan di peringkat perancangan benar-benar tercapai sekaligus mengukur kesan dan perubahan yang berlaku terhadap golongan sasar dari aspek sosial, ekonomi, politik dan juga alam sekitar.

2. Apakah Kitaran Projek ?

Kitaran projek terdiri daripada perancangan, pelaksanaan dan penilaian.

3. Apakah Punca Kuasa Bagi Penilaian Outcome ?

Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2005: Garis Panduan Penilaian Program Pembangunan yang dikeluarkan pada/bertarikh 24 Ogos 2005.

4. Apakah Faedah Penilaian Outcome ?

Antara faedahnya ialah

  • membantu stakeholders membuat keputusan yang lebih berimbang
  • mengurangkan risiko
  • meningkatkan kecekapan dan integriti agensi
  • memastikan terdapat nilai pulangan pelaburan yang bersesuaian
  • memenuhi kehendak stakeholders dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

5. Langkah-Langkah Penyediaan Laporan Penilaian Outcome

  • Penyediaan Laporan Penilaian Outcome melibatkan langkah berikut:
  • Pengenalpastian Program/Projek
  • pembentukan Terma Rujukan (TOR)
  • pengumpulan data
  • penganalisisan data
  • penyediaan laporan pembentangan

6. Apakah Kriteria Bagi Pemilihan Projek Untuk Dibuat Kajian Penilaian Outcome ?

  • Kriteria pemilihan projek untuk dibuat kajian ialah
  • kepentingan nasional
  • keutamaan kementerian/agensi/jabatan/kerajaan negeri
  • golongan sasar yang besar
  • kos yang tinggi
  • kesan berganda

7. Apakah Kriteria Indikator Pencapaian Yang Baik?
Kriteria indikator pencapaian ialah:-

  • specific (S)
  • measurable (M)
  • accurate (A)
  • relevant (R)
  • timeliness (T)

8. Apakah Software Yang Digunakan Dalam Data Analisis (Data Primer)?

Statistical Package for Social Sciences (SPSS)

9. Format Laporan Penilaian Outcome ?

  • tujuan
  • latar belakang Program/Projek
  • terma Rujukan (TOR)
  • analisis
  • pemerhatian dan keputusan
  • isu dan masalah
  • syor/cadangan
  • rumusan

10.Apakah forum untuk pembentangan kajian Penilaian Outcome?

Pembentangan Kajian Penilaian Outcome Boleh Dibuat Di Mesyuarat Berikut.

  • Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome ICU JPM (JKPO)
  • Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK)
  • Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN)
  • Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNg) dan Majlis Tindakan Negeri (MTNg)
  • Majlis Tindakan Negara (MTN)

11. Penjelasan mengenai Modul Penilaian Outcome

Modul Penilaian Outcome merupakan salah satu modul utama di dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) yang bertujuan membolehkan penilaian berasaskan teras, dasar, program dan projek dijana dengan cepat dan tepat membantu pemantauan outcome sesuatu program dan projek terhadap kumpulan sasar.

12. Apakah Komponen Dalam Penilaian Outcome?

Komponen-komponen dalam Penilaian Outcome ialah:-

Dasar

Dasar merupakan teras utama yang digubal oleh kerajaan dalam menguruskan program pembangunan di Malaysia. Ia merujuk kepada dasar sedia ada dan yang terdapat dalam dokumen yang berkaitan seperti Dasar Pertanian Negara Ketiga, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Sosial Negara dan Dasar Dadah Negara. Dasar dalam konteks penilaian adalah kenyataan yang ada hubung kait secara langsung dengan tujuan program pembangunan yang hendak dinilai.

Objektif

Objektif merujuk pada komitmen pengurusan untuk mencapai matlamat dasar melalui program pembangunan yang telah ditetapkan. Hasil yang dicapai hendaklah mempunyai hubungan secara langsung dengan strategi dan matlamat organisasi. Sehubungan ini, objektif dalam konteks penilaian telah ditetapkan semasa program dirancang dan objektif boleh dirujuk dalam dokumen-dokumen yang berkaitan seperti permohonan RMLT dan Bajet Persekutuan Tahunan.

Program

Program merujuk pada perancangan pembangunan sesebuah kementerian/jabatan/agensi dan pentadbiran negeri yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) untuk dilaksanakan dalam tempoh RMLT.

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar ialah penerima faedah secara langsung dan tidak langsung daripada program pembangunan yang dilaksanakan. Bagi tujuan penilaian program pembangunan, kumpulan sasar perlu dinyatakan secara spesifik dan outcome program untuk kumpulan ini mestilah dapat diukur.

Bidang Hasil Utama

Bidang Hasil Utama (BHU) merupakan perkara yang perlu dikenal pasti terlebih dahulu untuk menentukan pencapaian output dan outcome sesuatu program. Ia bertujuan untuk memandu dan memudahkan pembentukan Indikator Pencapaian (IP).

Indicator Pencapaian

Indikator Pencapaian merupakan petunjuk prestasi sesuatu program berbanding dengan sesuatu yang ditetapkan. IP boleh berbentuk kuantitatif dan/atau kualitatif. Indikator Pencapaian kuantitatif, ditunjukkan melalui peningkatan atau penurunan merentasi dua tempoh masa, iaitu mula dan tamat dalam bentuk bilangan, kadar atau peratus.

Sasaran Outcome

Sasaran Outcome merupakan matlamat outcome yang ingin dicapai daripada program pembangunan yang dilaksanakan terhadap kumpulan sasar. Dalam proses perancangan program pembangunan, sasaran outcome biasanya ditetapkan.

Output

Output merupakan kesan langsung yang diperolehi daripada pelaksanaan sesuatu program pembangunan.

Outcome Sebenar

Outcome Sebenar merupakan hasil yang diperolehi daripada pelaksanaan program pembangunan dalam jangka pendek. Penilaian Impak Impak merupakan kesan daripada pelaksanaan program pembangunan dalam jangka panjang. Kaedah penilaian impak berbeza antara satu program pembangunan dengan yang lain. Penilaian boleh dibuat secara kuantitatif, kualitatif atau gabungan kedua-duanya.

Analisis Jurang Perbezaan

Analisis Jurang Perbezaan merupakan perbezaan antara sasaran outcome dengan outcome sebenar daripada pelaksanaan program pembangunan. Analisis ini juga merupakan perbandingan antara praprogram dengan pasca program bagi tujuan membuat rumusan penilaian.

Analisis Pelaksana Dan Kumpulan Sasar Program Pembangunan

Analisis dibuat berdasarkan pendapat dan penilaian agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan program pembangunan dan penerima faedah program pembangunan tersebut. Analisis ini amat membantu dalam membuat rumusan penilaian program pembangunan yang dilaksanakan.

 

You are here