Change Font Size

Change Screens

Change Layouts

Change Direction

Change Menu Styles

Cpanel

Seksyen Pengurusan

E-mail Cetak PDF

FUNGSI DAN TUGAS

Pengurusan

 

o   Bertanggungjawab ke atas pengurusan am, perolehan dan stor, inventori harta modal, irusan penyelenggaraan dan pembaikan ruang pejabat serta peralatan.

 

o   Melaksana arahan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), keputusan Kerajaan dan keputusan Ibu Pejabat yang berkaitan dengan pentadbiran.

 

o   Mengurussetiakan mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) dan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK).

 

o   Mengurus urusan perkhidmatan dan personel anggota kontrak dan tetap.

 

o   Mengurus perkhidmatan logistik, keselamatan dan pentadbiran am.

 

o   Mengurus majlis-majlis rasmi persekutuan di peringkat negeri yang melibatkan Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri dan Anggota Pentadbiran

 

 

Kewangan

 

o   Mengurus dan mengawal belanjawan yang meliputi menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan, mengurus dan mengawal peruntukan, menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.

 

o   Mengurus kewangan am yang meliputi pengurusan, Penyelenggaraan dan memantau panjar wang runcit, mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer dan mengurus keselamatan peti besi atau bilik kebal di mana wang awam dan barang bernilai disimpan.

 

o   Mengurus terimaan yang meliputi menerima, merekod semua jenis wang awam dan mengeluarkan resit-resit rasmi Kerajaan, mengumpul dan menyerahkan laporan terimaan wang awam kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Pengawal dan menyedia penyata pemungut dan memasukkan terimaan
ke bank.

 

o   Menjadi urus setia Jawatankuasa Perolehan Persekutuan dan urus setia Jawatankuasa Sebut Harga Persekutuan

 

 

Aset

 

o   Mengurus aset alih kerajaan di PPPNWP selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5/2007 – Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.

 

o   Mengurus stor PPPNWP selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009 – Tatacara Pengurusan Stor

 

 

You are here