Bahasa:   Tulisan:  
A-
A
A+
B
R
G
B

Lawatan Ke Rumah Encik Azahari Dan Puan Suraya

14 Januari 2018 – Haji Amir Onn bin Mustapha, Pegawai Kemajuan Negeri Wilayah Persekutuan menyantuni keluarga Puan Sharifah Suraya bt Syed Hussin di rumah beliau di Presint 14, Putrajaya. Keluarga 13 orang ini mendapat perhatian ramai selepas berita mengenai kesukaran hidup mereka menular di media sosial.

Kerajaan melalui JKM,MAIWP,MOE dan Yayasan Wilayah Persekutuan telah sedia ada membantu keluarga berikut melalui bantuan persekolahan, bantuan bulanan. bantuan perubatan, bantuan kecil persekutuan, bantuan pakaian seragam dan bantuan kupon makanan kepada 7 orang anak beliau yg bersekolah.