Bahasa:   Tulisan:  
A-
A
A+
B
R
G
B

Lawatan Kerja Ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak

4 Jun 2015 – PPPNWP telah mengadakan lawatan kerja ke PPPN Perak di Ipoh. Rombongan yang disertai 10 orang kakitangan telah diketuai oleh Tuan Haji Ismail bin Porjo, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri PPPNWP.

Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk melihat dari dekat berkaitan pelaksanaan EKSA. Ini adalah kerana PPPN Perak adalah PPPN pertama yang telah mendapat pensijilan EKSA. Taklimat telah diberikan oleh Encik Yaakob bin Harun yang merupakan penyelaras EKSA di PPPN Perak. Selesai sahaja sesi taklimat, kakitangan PPPNWP telah dibawa melihat dan melawat zon-zon di PPPN Perak. Semoga lawatan ini telah dapat memberi input kepada wakil kakitangan yang hadir dalam menyumbang kepada pelaksanaan EKSA PPPNWP.

1 2