Pada 10 Mac 2016, PPPNWP yang diketuai oleh Pegawai Kemajuan Negeri, Ybrs En. Amir Onn bin Hj Mustapha dan beberapa Pegawai telah melawat Projek Pembinaan Persimpangan bertingkat di Jalan Ampang/ Jelatek. Projek ini dapat mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di sekitar Jalan Ampang dan jalan yang berdekatan apabila waktu puncak. Projek ini bermula pada 15 September 2014 dan dijangka siap pada 14 Mac 2017.


