Bahasa:   Tulisan:  
A-
A
A+
B
R
G
B

Majlis Bacaan Yasin dan Sambutan Hari Lahir Bulan Oktober PPPNWP

27 Oktober – Seksyen Pengurusan dan Kewangan PPPNWP telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Sambutan Hari Lahir Bulan Oktober bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPPNWP. Majlis ini dianjurkan sebagai salah satu platform untuk mengeratkan silaturrahim antara para pegawai dan kakitangan PPPNWP selain untuk meraikan mereka yang lahir dalam bulan Oktober.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha Encik Muhammad Gaddafi bin Denis, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri di mana beliau dalam ucapannya menghargai kehadiran semua pegawai dan kakitangan serta kerjasama yang diberikan bagi menjayakan majlis ini. Seterusnya, bacaan Surah Yasin yang diketuai oleh Encik Mohammad Ashraf bin Ahmad Roshdi dari Seksyen Kesejahteraan Rakyat.
Majlis diteruskan pula dengan sambutan hari lahir bulan Oktober di mana seramai enam (6) orang pegawai dan kakitangan PPPNWP telah diraikan iaitu Encik Nasrul Hakim bin Khalid (9 Oktober), Puan Nina Mastura binti Kamaroll Zaman (31 oktober), Puan Madihah binti Uyeop (2 Oktober), Puan Julaila binti Ahmad (24 Oktober), Encik Darossyahipunoor bin Daud (25 Oktober) dan Puan Norzalifah Hanim binti Khalid (25 Oktober). Majlis kemudiannya diakhiri dengan jamuan makan tengah hari pada jam 12.30 tengah hari.
Diharapkan agar majlis seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan sebagai menghargai dan meraikan para pegawai dan kakitangan PPPNWP yang berkhidmat di pejabat ini.
photo6332168180138616793

photo6332168180138616792

photo6332168180138616791

photo6332168180138616790

photo6332168180138616789