Bahasa:   Tulisan:  
A-
A
A+
B
R
G
B

Majlis Bacaan Yassin Dan Tazkirah Pada Jumaat 29 Januari 2016

Majlis Bacaan Yasin Bulanan dan Tazkirah anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan SDOWP telah diadakan pada 29 Januari 2016. Majlis yang diadakan selama sejam ini diketuai oleh Encik Ahmad bin Hambal dari Seksyen Kesejahteraan Rakyat.

Majlis dimulai dengan kata-kata aluan daripada Encik Amir Onn Pegawai Kemajuan Negeri Wilayah Persekutuan. Beliau mencadangkan agar program seumpama ini diadakan pada hari Jumaat setiap minggu dengan mengambil masa selama satu jam supaya semua warga pejabat dapat berkongsi apa jua ilmu bagi mengisian rohani.

Tazkirah ringkas yang dipetik dari surah Al-Hadid ayat 20 yang menceritakan Allah subhanahu wa ta’ala memberitahukan tentang hakikat dunia yang sebenarnya, dan menjelaskan tentang puncak tertinggi dari kehidupan dunia beserta penghuninya. Maksud sebenarnya dari ayat ini adalah merendahkan keadaan dunia dan mengagungkan keadaan akhirat. Yaitu Allah berfirman, “..dunia adalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan..”. Tidak diragukan lagi bahwa semua ini adalah perkara yang hina. Adapun akhirat maka di sana ada adzab yang keras yang terus-menerus atau keridhaan Allah yang selamanya dan tidak diragukan lagi bahwa ini adalah sesuatu yang agung.
yasin