Bahasa:   Tulisan:  
A-
A
A+
B
R
G
B

Majlis Jasamu Di Kenang

30 September 2015 – Bertempat di Anjung Teres Felda Villa satu Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan Puan Hajah Rohaya binti Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Roy dikalangan warga PPPNWP.

Majlis yang telah bermula jam 8.00 malam didahului dengan bacaan doa dan ucapan oleh Pegawai Kemajuan Negeri PPPNWP Datuk Haji Ariffin bin Imat. Majlis juga menjemput Puan Rohaya untuk memberi ucapan perpisahan.

Kelab SDOWP juga telah memberikan cenderahati sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di PPPNWP.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang ditapak tangan,
Biar jauh dinegeri satu,
Hilang dimata dihati jangan.