Bahasa:   Tulisan:  
A-
A
A+
B
R
G
B

Majlis Penyampaian Sumbangan “DJ Prihatin 11.0”

28 Januari 2018 :Program ini merupakan program ke-sebelas anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa. Program kali ini dilaksanakan dengan usahasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Wilayah Persekutuan (PPPNWP) bagi tujuan Program CSR bersempena sambutan Hari Wilayah.
Program yang di anjurkan di Dewan Nadi, Flat Seri Perlis 2 ini memperuntukkan sumbangan wang dan barangan keperluan harian seperti beras dan minyak masak untuk diagihkan kepada penerima yang berkelayakan. Program ini dijalankan pada jam 10.30 pagi dan dihadiri seramai 150 orang penerima bantuan yang terdiri dari pengundi di sekitar PDM Keramat Selatan.
Sumbangan telah diserahkan oleh En Mohd Noor iaitu Pegawai Khas kepada YB Ahli Parlimen Titiwangsa dan dihadiri oleh wakil dari PPPNWP iaitu Pn Siti Mahfudzah Ashahril, Cik Syifa’ Mohd Radzi dan Cik Roswati bin Wan Ahmad. Majlis berakhir pada jam 11.15 pagi.

WhatsApp Image 2018-02-05 at 09.36.07 (1)

WhatsApp Image 2018-02-05 at 09.36.08

WhatsApp Image 2018-02-05 at 09.36.10