Bahasa:   Tulisan:  
A-
A
A+
B
R
G
B

Majlis penyerahan Sekolah Kebangsaan Seri Perak

Satu majlis penyerahan Sekolah Kebangsaan Seri Perak secara simbolik daripada kontraktor kepada Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan di sekolah tersebut pada 3 Januari 2018. Sekolah yang mempunyai 12 bilik darjah tersebut akan dibuka untuk sesi persekolahan bulan Mac kelak dengan murid seramai 230 orang. Dengan tenaga pengajar seramai 22 orang guru, sekolah tersebut akan memberi khidmat kepada penduduk sekitar daerah Sentul. Sekolah ini merupakan sekolah gantian kepada sekolah sedia ada yang sedang beroperasi di Flat Seri Perak. Majlis penyerahan ini turut dihadiri oleh wakil PPPN WP.

WhatsApp Image 2018-01-08 at 10.00.42 (2)

WhatsApp Image 2018-01-08 at 10.00.42 (1)

WhatsApp Image 2018-01-08 at 10.00.42