Bahasa:   Tulisan:  
A-
A
A+
B
R
G
B

Majlis Penyerahan SRA Pantai Ria, Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Pada 24 Mac 2016, PPPNWP yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri, Tn Hj Ismail bin Porjo telah hadir ke Majlis Penyerahan SRA Pantai Ria di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Majlis Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hasnul Bin Mohamad Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan YBhg. Datuk Yatimah Binti Sarjiman, Timbahan Ketua Setiausaha (Kewangan Dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri mewakili YBhg. Datuk Seri Othman Bin Hj. Mahmood TKSUK. Majlis ini turus disertai oleh YBrs. En. Masri Bin Razali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan YBrs. Tuan Hj. Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) . SRA Pantai Ria yang telah siap dibina pada 20 Januari 2016 dijangka menerima kehadiran pelajar pada pertengahan Jun 2016.

Sesi bergambar bersama agensi-agensi terlibat
Sesi bergambar bersama agensi-agensi terlibat
Wakil yang hadir ketika majlis perasmian
Wakil yang hadir ketika majlis perasmian
Pandangan depan sekolah
Pandangan depan sekolah
Pandangan sisi sekolah
Pandangan sisi sekolah