Bahasa:   Tulisan:  
A-
A
A+
B
R
G
B

Program Semarak Legasi Kolej Kediaman Ke-5 (Dayasari) Di Universiti Malaya

26 November 2016, SEGAMBUT – Satu program semarak legasi telah diadakan di kolej kediaman Ke-5 (Dayasari) Universiti Malaya telah diadakan bagi sambutan Jubli Emas Kolej kediaman tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan diiringi oleh Professor Dato’ Dr. Mohd Amin Jalaludin, Naib canselor Universiti Malaya. Pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Wilayah Persekutuan (PPPNWP) turut di jemput hadir pada majlis perasmian tersebut dan di wakili oleh YBrs. Tuan Amir Onn bin Haji Mustapha, Pegawai kemajuan Negeri wilayah persekutuan. Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah pameran arkib, lawatan ke Gymnasium, sukan dalaman Kolej Kediaman Dayasari dan sesi ramah mesra bersama pelajar.