Bahasa:   Tulisan:  
A-
A
A+
B
R
G
B

Soalan Lazim

1) Apakah e-Kasih ?

1 SISTEM PANGKALAN DATA keluarga miskin diwujudkan di peringkat NASIONAL bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Sistem ini memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan.
eKasih TIDAK memberi bantuan.

2) Siapakah yang layak mendaftar di dalam e-Kasih ?

i. Mereka yang mempunyai pendapatan per kapita isirumah RM960/sebulan
ii. Isirumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,500/sebulan (bandar)

3) Di mana hendak mendaftar ?

Sekiranya anda menetap di Wilayah Persekutuan, anda boleh hadir ke/ menghubungi:

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Wilayah Persekutuan
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Lot 22.01, Tingkat 22
Bangunan Sunway Putra Tower, Jalan Putra
50350 KUALA LUMPUR
Tel : 03-4042 0260/0261

4) Apakah Ketua Isi Rumah (KIR) ?

Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang BERTANGGUNGJAWAB atau DIBERI TANGGUNGJAWAB terhadap kebajikan ahli isi rumah.

5) Apakah Ahli Isi Rumah (AIR) ?

Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih.

6) Apakah pendapatan perkapita sesebuah keluarga ?

Jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan DIBAHAGIKAN dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.

7) Sudahkah saya didaftarkan dalam sistem eKasih ?

Sila hadir ke alamat atau hubungi nombor seperti jawapan 3 dan berikan maklumat Nama dan No. Kad Pengenalan.